5.75
5.5
5
4.5
this is not 4.5
4
°3.5
aku benci terengganu.
the first day aku sampai, semua nampak indah. pantai batu buruk yang tak berapa bersih, orang bermain wau, macam macam lagi.
seminggu tinggal dalam hotel utk cari rumah sewa.
dan seminggu aku duduk dalam rumah tanpa melihat kelibat janji janji ayah aku tu.
tapi best jugak cuti 2minggu.
hahaha
dan hari ahad aku mula bersekolah.
dan ketika itu aku tahu langit tak selalu cerah.
aku igt lagi sekolah tu.
sekolah kebangsaan sultan sulaiman 1.
urgh.
first impression aku dkt sekolah tu, "whoa.. besar gak sekolah ni. mesti best!"
aku menyesal anggap sekolah tu mcm tu.
starting sekolah aku tak ada kawan. aku just kawan dgn non-malay je.
sbb dierg je yg faham aku.
yang melayu...
aku dapat rasa dierg macam tgh tgk aku mcm aku ni seekor komunis yang bunuh mak bapak dierg.
biarlah.
what do i care.
so, darjah 3 aku aku just kawan dgn non malay je la.
main digimon dgn dierg,
makan rehat dgn dierg.
dan aku hari aku sedang sibuk conteng dalam buku conteng aku, ada cikgu jerit nama aku.
"woi, org kl! mu mari sbnta!"
korg mesti pelik kan knp cikgu tiba2 panggil aku mcm tu. aku pn tak tahu. apa salah aku kat dierg pun aku tak tahu la.
aku tye la knp..
ada budak perempuan filipina bernama cristina menangis dekat pejabat sebab aku pukul dia.
aku pelik la. pelik sgt2.
aku tak kenal pun minah tu, aku kena tuduh.
aku malas nk argue lg, aku kena gak sebat 4 kali.
member2 aku semua pelik.
tapi muka melayu je tak pelik. muka dierg semua mcm terengganu menang uefa.
aku just diam.
sejak kejadian tu, budak melayu semua panggil "aku org luar natang", "org kl".
sejak hari tu, byk kali aku dituduh melakukan byk benda.
aku marah. dalam hati.
semua bdk melayu pulau aku.
nak cakap dengan aku pun dierg rasa jijik.
aku rasa sekolah ni tempat utk aku lari dari ayah aku mencarut2 dekat aku.
tapi sekolah pun aku rasa berat hati nak pergi.
sejak itu, aku malas nak pergi sekolah.
bayangkan budak umur 9 tahun kena pressure mcm tu.
entah lah. maybe Allah nak tunjuk dunia ni macam mana.
rutin harian aku, pagi bagun, solat, tidur balik.
10pm bgn, pergi sekolah yg aku rs lonely terutama time pendidikan islam,
balik, ayah aku pun balik, mandi, makan, kena maki dan tamparan ayah aku yg tension kerja, then tidur.
best kan?
bila aku tanya mak aku, mak aku maki aku balik.
abg2 aku mcm tak mengaku aku adik dierg.
adik aku anak emas ayah aku.
abg aku boleh main game sbb abg aku minta.
tapi taku just tgk dierg main dan berdoa sedikit kegembiraan dalam hidup datang kat aku.
dan kegembiraan itu datang.
iaitu makanan.
makanan dekat terengganu murah.
dan sejak itu aku jadi budak yg obese.
bila pressure, mknn jd teman aku.
food, glorious food.
°3
darjah 3.
hidup macam sama.
aku dapat jadi pengawas. no big deal.
aku tak nak pun. tapi aku nak jadi pengawas sebab that girl pun dapat jadi pengawas.
sejak hari tu aku asyik imagine bertugas dgn dia.
dan aku dapat.
YEAH!
hahaha
time rehat aku dapat betugas dgn dia.
EVERYDAY
tapi, nak cakap dgn dia pun aku takut. gila babi la takut. tak tau kenapa.
tapi tu membuat aku happy ke sekolah.
happy hanya untuk sementara waktu.
awal bulan 3, ayah aku dapat offer kerja dkt terengganu.
dan time tu aku fikir kenapa jumaat dekat sana cuti and ahad sekolah.
dan time tu aku bantah dalam hati utk pindah, tapi ayah aku banyak mentaburkan janji janji seperti ahli politik yang sedang meraih undi.
dia janjikan macam2.
gameboy advance, psx, basikal...
time tu kalau kau cakap nak beli psx, gameboy, digimon bagai dekat budak umur 9 tahun memang amat menjadi.
so, aku pindah ke terengganu.
tu la the first time road trip jauh2.
ayah aku drive, mak aku pangku adik aku, dan 4 org bersempit kat belakang dan aku berada di tengah.
agak susah la kalau nak tidur dalam kereta.
kalau kepala aku tilted ke kiri atau ke kanan, pasti dimaki dan ditumbuk.
jadi aku belajar untuk tidur secara menegak.
impossible kan?
haha
setelah 10 jam perjalanan, 30 kali makian, 21 kali tumbukan yang yg kena dekat muka aku,
aku sampai kuala terengganu.
dan bermula lah satu bab dalam hidup aku yang aku benci sampai mati.
urgh..
°2
pasal that girl.
aku tak make a move langsung
tak pernah pun cakap dgn dia.
aku just jadi stalker.
nothing more.
ketika darjah 1 aku tak pernah fikir pasal belajar.
just fikir happy.
senyum dan lagi senyum
dengan dahi yang besar setelah high speed accident yang buat dahi aku pelik.
tapi apa aku kisah.
darjah 2 adalah permulaan aku menjadi pentingkan senyuman.
hidup yang carefree, duit belanja yang bertambah rm1, tiada lagi beg beroda, mula memakai minyak rambut, tetapi masih tidak memakai seluar dalam dan kurang mengosok gigi setelah gigi ditampal.
tiada menarik di darjah 2,
kerja sekolah tak pernah buat, menjadi muka yang selalu duduk di luar kerana tidak siap kerja, dan sering berdiri atas kerusi atas sebab yang sama.
tapi apa aku kisah.
aku cuma senyum
subjek yang aku paling lemah adalah subjek pendidikan islam.
aku tak pernah masuk sekolah agama.
dan aku amat lemah untuk membaca dan menulis jawi sehingga sekarang.
dan darjah 2 bermulanya aku pergi ke kelas mengaji semula.
dimana ustaznya amat tegas dan sering memegang rotan.
sesiapa yang salah dari segi pemakaian, bacaan dan lain lain lagi, pasti dirotan dan dimalukan
ramai yang mengaji disitu berteriak dan menangis apabila masuk ke kelas tu.
aku tak kisah.
sebab aku nak tengok bang aku kena maki hamun dengan ustaz tu.
sebab dekat rumah tak pernah mak dgn ayah aku sentuh.
yang selalu kena, aku.
akulah slapping bag ayah aku dan pendengar setia makian ayah aku.
mak aku pula setiap kali adik adik aku nangis, penyangkut baju lah paling kurang.
yang paling aku nantikan adalah batang mop atau penyapu.
dierg tension agaknya.
1998 kan inflasi.
menu utama dirumah adalah tepung masak sup.
tapi aku tak kisah.
the highlight of standard 2 adalah ketika aku tak reti duduk diam
masa tu aku memang suka panjat tembok.
tapi satu hari tu. tembok tu jahat.
tak tahu macam mana tangan aku boleh terlepas.
aku tak tahu kenapa setiap kali aku accident, dunia ni macam slow motion.
ketika deria sentuh aku tam rasa apa apa semasa nak jatuh, aku pusing kepala aku, melihat apa menanti aku dekat bawah.
cuma tanah berumput je.
dengan fikiran yang naif, aku hulurkan tangan kanan ke tanah untuk absord the impact.
dengan perlahan aku melihat tangan aku bengkok melebihi 200° dan aku takkan lupa bunyi yang dikeluarkan.
bunyi seperti pokok yang patah.
2 saat aku terdiam melihat tangan bengkok dgn pelik.
dgn naif, aku cuba sepenuh tenaga untuk bengkok kembali ke asal.
tangan aku berbunyi lagi.
aku diangkat oleh seorang pengawas yang baik ke pejabat sekolah.
duduk di sofa, aku melihat tangan aku semakin pendek.
aku berteriak "TANGAN DAH PENDEK!!"
ketika itu abang aku sekolah sama sesi dengan aku.
setelah bas baitul aman tiba, abang aku pelik kenapa ramai orang ada di pejabat?
kenapa bm aku formal sangat ni...
ok ok..
abg aku usha siapa yg nangis kuat sgt tu?
dgn bakat yg ada dgn dia, lakonan dia menjadi seorang abg yg baik telah menjadi.
sibuk aku teriak tgn aku pendek, dia dtg usha aku gak.
tapi apa aku kisah. sakit gila kot..
hahaha
tgn aku kena simen dan di xray.
tulang siku aku hancur.
aku kena pindah ke hospital besar kl.
1 bulan aku duduk situ dan aku tak tahu apa jadi dkt tgn aku.
yang aku tahu, tgn aku ada besi sampai sekarang, dan aku suka tgk tangan aku ada besi terjuntai keluar dai tulang ke luar kulit.
cool gila.
hahahaha
another full flavour.
oh yeah, that girl 4 langkah lagi ke kelas aku.
ok.
rupanya dia kelas sebelah aku.
dia duduk dkt tepi pintu belakang, sama macam aku.
hu....
and kelas mula balik, tempat aku diubah ke tepi tingkap. but still aku tak suka.
a week later...
aku kena pergi sekolah naik bas macam abang aku.
aku ingat lagi nama bas tu.
Baitul Aman.
setiap kali aku naik bas tu, lagu rock kapak dierg pasang.
aku dari kecil dengar lagu english sebab ayah aku selalu dengar.
deep purple
don mclean
santana
creedence clearwater revival
the stylistics
macam macam lagi la.
dan rock kapak amat asing bagi aku pada masa itu.
dan bas amat padat dengan budak sekolah yang berpeluh. termasuk akak2 sek menengah yang cun2 belaka.
MUAHAHAHA
hari2 kemudiannya macam hari2 yang biasa.
aku tak harap dunia ni macam ni bosan dia.
balik rumah naik bas mmg best.
sebab balik rumah.
dan satu hari ni mengubah persepsi aku terhadap waktu pulang ke sekolah.
hari seperti biasa, padat dgn manusia2 berpeluh.
tinggal beberapa ratus meter lagi untuk bas berhenti di depan rumah aku.
bas berhenti sebelum berhenti depan rumah aku.
aku terhimpit kat belakang driver bas..
aku menanti siapa yang lambat sangat keluar bas ni.
rumah dia dah sampai dah. 30 saat la tggu dia.
tiba tiba...
dia keluar dari himpitan manusia berpeluh.
jantung aku berdegup laju.
nafas aku tak tentu.
mata aku terkunci lihat rupa dia.
dan dia pandang aku.
dengan pantas aku alihkan pandangan aku ke driver dan aku buat buat macam aku tak tahan kencing
aku fikir, kenapa aku tak nampak dia naik bas tu masa bas tu sampai dekat sekolah?
dan rumah dia dekat dengan rumah aku.
OMG.
dan aku balik rumah macam happy dalam hati.
tak kisah ayah aku maki maki aku
mencarut kat aku
sebab dia tak ada tempat nak lepaskan tension kerja dia.
so, setiap hari aku bersemangat nak pergi sekolah sebab dia tapi dalam seminggu 2 kali je aku dapat jumpa dia.
dekat sekolah aku makan bekal dekat depan kelas di mana dia pun makan di depan kelas dia.
dia tak perasan aku usha dia. tapi dialah highlight hari2 aku.
dan pernah satu hari, aku beratur naik bas, dia ada belakang aku, pegang beg aku
dah naik bas tu aku berdiri depan satu palang besi. dan tak tersangka dia di sebelah aku dan terpegang tangan aku.
aku terdiam.
dekat dalam otak aku dah melayang dah.
nak pitam pun ada.
kaki mcm dh tak jejak lantai.
muka aku dah merah padam.
tiba destinasi dia, dia turun.
lama jugak dia berdiri dekat aku.
bukan nak kata aku ni kecik2 dah pandai mengatal.
tapi benda tu datang sendiri.
bukan aku nak pun.
dah la..
later aku sambung
assalamualaikom
full flavour.
tak payah nak fikir pasal duit, belajar, assignment jadah..
aku suka nak kembali kat masa tu.
dah lama aku nak sangat masuk darjah 1. seluar biru... kasut bata baru... buku teks sendiri... bekal mak aku masak dari rumah... botol air telefon yang ada air favourite, macam air sirap... DUIT BELANJA!... lencana sekolah...
beg beroda.... O MAK AI... time tu, beg tu la top trend bdk kecik dulu. time tu jenama paling up adalah beg swan. mahal beg tu dulu. macam rm40 paling murah. tapi apa aku kisah.
first day of school.
aku dan bdk2 yg menangis sbb mak bapak dierg nak balik dah.
"SEMUA BERBARIS!"
semua beratur, meluruskan tangan ke atas bahu untuk meluruskan barisan.
"SENAM DIRI!!"
"REHATKAN DIRI"
dari dua ayat kat atas apa yang aku faham senam diri tu adalah masa untuk bersenam.
dan rehatkan diri tu macam santai kat tepi pantai.
aku hampir hampir nak bersenam tapi refleksi badan aku terus mengikut apa yang budak2 lain buat.
dan semua pelajar masuk ke kelas,
aku duduk di belakang sekali.
"OK, BAIKLAH. CIKGU AKAN SUSUN TEMPAT KAMU, LEPAS REHAT"
argh!!
tempat ni paling sweet untuk aku.
sebelah pintu belakang sekolah. aku nak sangat tepat tu sbb berangin.
REHAT.
loceng bunyi macam menandakan anda telah bebas sebentar.
ketika itulah aku melihat macam macam budak.
ada yang still nangis dekat kelas.. ada yang terberak dalam seluar... ada yang duduk diam je dalam kelas sbb mak dierg pesan jgn keluar kelas ni..
macam2.
dgn bekal di tangan, dgn duit rm1 yang aku ada, aku akan makan.
aku pergi kantin dgn kawan sekolah pertama aku.
Simon.
dia pendek, gemuk sikit dan bapak dia macam Jackie Chan dulu.
hahaha
tanpa disangka abang aku ada kat belakang aku.
" abang g kantin?"
"siapa kau?"
dari situ aku belajar sesuatu yang menyedihkan. abang aku tak kenal aku kalau dekat sekolah untuk jaga reputasi dia dekat sana.
dia darjah 4.
tapi dia sekolah sesi pagi.
dia nak stay sekolah untuk apa entah.
buat apa aku nak tau.
dah naik tangga yang tinggi untuk ke kantin, aku terlihat suatu.. eh seseorang.
dalam 3.4 saat je aku nampak dia.
dan 3.4 saat tu la aku rasa benda yang aku tak dapat explain sampai sekarang.
tapi biarlah.
lapar sgt.
nasi lemak 50 sen dgn air 30 sen.
tambah bekal nasi goreng mak aku masak.
aku makan tanpa fikir apa nak jadi lepas ni.
nak balik kelas dgn simon sambil cerita bapak aku lagi hebat itu ini...
aku nampak dia lagi.
bulu mata yang lebat yang menjadikan anak mata dia besar.
nak bg lebih feel lagi...
her eyes just like night full of stars
her hair flows laminar like the earth has turned off the gravity,
her face, i cant stop staring at 'em.
she's wearing a baju kurung uniform that's stunning
until now, im attracted to girls with baju kurung because of her.
aku berdiri kaku dalam beberapa saat.
melihat ke mana kelas yang hendak dia tuju. adakah dia ada dalam kelas aku?
aku pasti bukan tetapi seakan akan dia nak masuk kelas aku.
aku cakap dekat diri aku sendiri.
"aku nak tau siapa nama dia."
4 langkah lagi untuk dia tiba ke ke kelas aku.
simon bercakap sorang. aku buat buat dgr. aku terdiam. aku aku aku aku aku...
lepas ni la aku sambung.
lapar.
crappy
I remembered when I was a child. The world seems humongous. The bed is like a swimming pool where imagine I was a wrestler, wrestling the pillow. I was born with a really fair skin. Hard to believe, isn’t it? When I was born, the whole community wondering why? Some of them would congratulate my parents to have such adorable child. But some of them, envy every little bit of my family. I can’t explain why, but I suffered a really disgusting skin disease that makes a really good impact towards my parents. My mother wept and my father seems to ignore me. But a weird thing happened when my parents wanted to name me. Never before my grandmother wanted to name her grandchild, she wanted to add a name to me.
For 5 years, I can’t speak but I can read. I’ve tried to speak, but nothing came out of my mouth. I can’t even make friends with others. My mother worried sick of her child. My life is purely lonely at that time and the TV is my best friend. But a best friend is not always perfect. I’m terrified of commercials. I close my eyes and cover my face whenever it appears. That’s not all, this one disgusting thing I like to do, a dirty little secret I assume, that is nose picking. Not just an innocent nose picking, no. Needless to say, that I ate it. The creamy, salty and a bit texture make it addictive. I wonder, that’s why I have no friend at all.
Just imagine a house with a wooden wall. Not the properly align, hard and cheap wood. Just a thin cardboard wood as the wall and blocks of unused furniture wood as its frame. The roofs are made from zinc and the earth as the floor. The house has only living room and a kitchen. The bathroom is the contaminated river at back of the house. There are many houses that are attached to each other and it is located near a big city. That is the house I grew up until I was 4 years old.
Every morning my grandmother and my sister go out to find leftovers at the nearest garbage disposal site or bought it at the nearest market if we had some money, before she left for school with my brothers. It sounded like I pretty much lying the whole thing. Why would I lie? To get your sympathy? What I wrote is just ten percent of what I’ve been through.
I skip ahead when world seems pretty nice. We moved out of our old house and end up at the place where I live now. A normal two storey house and bathrooms. The neighborhood was nice and it is a proper place than before. I started to speak when I was 5 years old. Kindergarten was the fun place to be at my age. Until I had my own bicycle. My priceless possession at that time. For the first time I be able to free myself from the house. I started to hate kindergarten. They were all learning what I have learned. How to spell, ABC’s and stuffs. Later, I stop to go to kindergarten and stayed home. At home, I started to learn how to steal. I steal from shops and even my mother. I stole stickers, tiny hot wheels car and much more. The bad habit was gone until I had an accident with my bicycle. That’s is the worst thing possible I can write, here. I'll continue later.