quality, nutrious food.

demi memperjuangkan bahasa melayu yang makin diketepikan, saya akan menulis 'blog' ini dengan bahasa melayu sepenuhnya. Walaupun ramai menganggap ia bosan, akan tetapi diri ini mengucapkan "pergi mati" .

secara terus terang, saya memang mengemari lagu-lagu Bahasa Inggeris dari barat berbanding lagu-lagu tempatan. Sebab-sebab untuk hal ini terjadi adalah kerana diri yang menulis ini masih dalam khayalan disebabkan mengantuk serta kurangnya duit didalam poketnya ketika menulis 'blog' ini di restoran kegemaran rakyat malaysia, iaitu restoran mamak, pada pukul 5 pagi, untuk menemani rakan-rakan yang ketagih akan permainan video kegemaran remaja-remaja malaysia, iaitu DOTA, hinggakan penulis 'blog ini tidak menyedari akan hingusnya yang cair, meleleh hingga ke paras bibir.

*menarik nafas"

saya ingin berkongsi lirik tersebut untuk dihayati bersama tanpa memesan satu lagi kopi jantan. Disebabkan ini adalah blog bahasa melayu, saya terpaksa menulis dalam bahasa melayu. Ini adalah lirik bagi lagu radio-alkaline trio.

"bergetar macam anjing berak pisau cukur, bangkitku tanpa apa-apa disebelah selepas bermimpi tentang kau dan aku, aku bangkit seorang diri, ku rasa sungguh lega, ketika kau ambil masa untuk minta maaf, aku merancang untuk membalas dendam. Mata merah pada fajar jingga. jika Columbus salah, aku akan memandu terus ke gaung, memandu terus ke gaung."

lirik dibawah adalah lirik bagi lagu i miss you-blink 182.

"Apa khabar, bidadari mimpi burukku. Bayang-bayang latar belakang bilik mayat. Mangsa yang x diduga, kegelapan pada lembah, kita akan hidup seperti jack dan sally, jika kau mahu. Di mana kau boleh cari aku. kita akan adakan holloween pada krismas. Malam ini ku harap takkan berakhir, ku harap takkan berakhir.

rindu kamu, rindu kamu.

dimanakah kamu, dan aku minta maaf. Aku tak dapat tidur, aku tak dapat bermimpi malam ini. Aku perlukan seseorang dan sentiasa. kegelapan yang pelik dan gila ini, datang merangkak, menghantui sentiasa. Dan ketika aku termenung, aku mengira sarang setiap labah-labah, menangkap sesuatu dan memakan isi dalamnya. Seperti ketidak pastian untuk menelefon kamu dan mendengar suaramu yang membelot. Adakah kau pulang dan menghentikan kesakitan ini, menghentikan kesakita ini.

usahlah kau bazirkan masamu untukku kerana suaramu di dalam kepalaku. rindu kamu, rindu kamu."

demikianlah apa yang dapat penulis, yang cuba untuk menghilangkan kecemasan pada hatinya, dapat rungkaikan apa yang tersirat dalam celahan giginya hinggakan kuah dal pada pinggan disebelahnya kering.

sekian.

5 comments:

Syed Aidid said...

hahaha! and i thought i was the crazy one haha! kau buang tabiat eh.. :P

Amr Amry said...

buang tabiat?
sorry,
the term cannot be found,
please try again later~
ok

Syed Aidid said...

haha. chait. byk channtaaaaiikkk kau

'R' said...

pahal ko tiru ak e tranl8 lagu fevret ak lak 2

TSYA'Z (~_^) said...

buruk tol bunyik bile translate lgu ke bm....hurmm..............

i think u hve the mind of seni, tapi upenye nak tulis blog fully malay...

keep up ur good work...hidup melayu....hehehehe