°2

ok.
pasal that girl.
aku tak make a move langsung
tak pernah pun cakap dgn dia.
aku just jadi stalker.
nothing more.

ketika darjah 1 aku tak pernah fikir pasal belajar.
just fikir happy.
senyum dan lagi senyum
dengan dahi yang besar setelah high speed accident yang buat dahi aku pelik.
tapi apa aku kisah.

darjah 2 adalah permulaan aku menjadi pentingkan senyuman.
hidup yang carefree, duit belanja yang bertambah rm1, tiada lagi beg beroda, mula memakai minyak rambut, tetapi masih tidak memakai seluar dalam dan kurang mengosok gigi setelah gigi ditampal.
tiada menarik di darjah 2,
kerja sekolah tak pernah buat, menjadi muka yang selalu duduk di luar kerana tidak siap kerja, dan sering berdiri atas kerusi atas sebab yang sama.
tapi apa aku kisah.
aku cuma senyum

subjek yang aku paling lemah adalah subjek pendidikan islam.
aku tak pernah masuk sekolah agama.
dan aku amat lemah untuk membaca dan menulis jawi sehingga sekarang.

dan darjah 2 bermulanya aku pergi ke kelas mengaji semula.
dimana ustaznya amat tegas dan sering memegang rotan.
sesiapa yang salah dari segi pemakaian, bacaan dan lain lain lagi, pasti dirotan dan dimalukan
ramai yang mengaji disitu berteriak dan menangis apabila masuk ke kelas tu.
aku tak kisah.
sebab aku nak tengok bang aku kena maki hamun dengan ustaz tu.
sebab dekat rumah tak pernah mak dgn ayah aku sentuh.
yang selalu kena, aku.
akulah slapping bag ayah aku dan pendengar setia makian ayah aku.
mak aku pula setiap kali adik adik aku nangis, penyangkut baju lah paling kurang.
yang paling aku nantikan adalah batang mop atau penyapu.
dierg tension agaknya.
1998 kan inflasi.
menu utama dirumah adalah tepung masak sup.
tapi aku tak kisah.

the highlight of standard 2 adalah ketika aku tak reti duduk diam
masa tu aku memang suka panjat tembok.
tapi satu hari tu. tembok tu jahat.
tak tahu macam mana tangan aku boleh terlepas.
aku tak tahu kenapa setiap kali aku accident, dunia ni macam slow motion.
ketika deria sentuh aku tam rasa apa apa semasa nak jatuh, aku pusing kepala aku, melihat apa menanti aku dekat bawah.
cuma tanah berumput je.
dengan fikiran yang naif, aku hulurkan tangan kanan ke tanah untuk absord the impact.
dengan perlahan aku melihat tangan aku bengkok melebihi 200° dan aku takkan lupa bunyi yang dikeluarkan.
bunyi seperti pokok yang patah.
2 saat aku terdiam melihat tangan bengkok dgn pelik.
dgn naif, aku cuba sepenuh tenaga untuk bengkok kembali ke asal.
tangan aku berbunyi lagi.
aku diangkat oleh seorang pengawas yang baik ke pejabat sekolah.
duduk di sofa, aku melihat tangan aku semakin pendek.
aku berteriak "TANGAN DAH PENDEK!!"
ketika itu abang aku sekolah sama sesi dengan aku.
setelah bas baitul aman tiba, abang aku pelik kenapa ramai orang ada di pejabat?
kenapa bm aku formal sangat ni...
ok ok..
abg aku usha siapa yg nangis kuat sgt tu?
dgn bakat yg ada dgn dia, lakonan dia menjadi seorang abg yg baik telah menjadi.
sibuk aku teriak tgn aku pendek, dia dtg usha aku gak.
tapi apa aku kisah. sakit gila kot..
hahaha

tgn aku kena simen dan di xray.
tulang siku aku hancur.
aku kena pindah ke hospital besar kl.
1 bulan aku duduk situ dan aku tak tahu apa jadi dkt tgn aku.
yang aku tahu, tgn aku ada besi sampai sekarang, dan aku suka tgk tangan aku ada besi terjuntai keluar dai tulang ke luar kulit.
cool gila.
hahahaha

1 comment:

FADZLI AZIZ said...

aku rasa sedih bola baca post. even aku kawan dengan kau sangat rapat tapi aku tak pernah bagitahu aku apa yang kau pernah alami zaman kau kecik.